salam ukhwah daripada kami..follow tau blog neyh..stay here with us!!

Sunday 9 October 2011

Hadis Rasulullah S.A.W

  1. Tinggalkan apa yang meragukanmu,kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu,sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan. (Attirmidzi)
  2. Semua muslim adalah bersaudara,tidaklah lebih utama satu sama lain melainkan kerana takwa(Thabrani)
  3. Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada,dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan,dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik (Attirmidzi)
  4. Tidaklah seorang mu'min itu suka mencela,dan tidak pula suka malaknat,dan tidak keji mulut dan berkata kotor(Muslim)
  5. Kebaikan itu banyak,tetapi sedikit yang mengamalkannya(Khatib)












ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Saturday 1 October 2011

JaUhiLah MakSiAt

Tercatat dalam buku "Bidayatul Hidayah" yang ditulis oleh Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. ada menyatakan beberapa cara yang boleh kita amalkan dan cernakan dalam diri kita dalam perjalanan hidup di dunia ini untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa. Perkara yang amat penting adalah kita menjauhi maksiat yang boleh menambahkan tompok-tompok hitam yang akan melekat dan menghitamkan hati kita dan seterusnya akan menjauhkan kita dari landasan Islam yang sebenar. Antara cara-cara yang digariskan oleh Imam Ghazali r.a. adalah.

1. Cara-cara meninggalkan maksiat zahir (Anggota tubuh):

a. Menjaga mata
- Mata merupakan anugerah Allah s.w.t. yang tidak ternilai kepada hamba-hamba-Nya. Oleh yang demikian peliharalah ia dari 4 perkara:
i. Melihat perempuan yang bukan muhram
ii. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat
iii. Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
iv. Melihat keaiban orang lain.

b. Menjaga telinga
- Jauhilah telinga kita dari mendengar perkara-perkara yang bid'ah atau perkara yang jahat atau perkataan yang sia-sia atau menyebut-nyebut kejahatan orang lain. Gunakanlah telinga yang dianugerah oleh Allah s.w.t. kepada kita ini dengan mendengar perkara-perkara yang bertepatan dengan landasan Al-Quran dan As-Sunnah.

c. Menjaga lidah
- Gunakanlah lidahmu pada menyatakan kebenaran dan kebaikan dan kekanglah ia dari menyebut-nyebut perkara yang maksiat. Renungkanlah hadith dari Rasulullah s.a.w. ini:

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dengan sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (HR At-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.)

Oleh yang demikian, jauhilah lidahmu dari lapan perkara:
i. Bohong
ii. Menyalahi janji
iii. Mengumpat orang
iv. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
v. Memuji diri sendiri
vi. Melaknat
vii. Mendoakan celaka bagi orang lain
viii. Berguarau, mengolok-olok dan mengejek orang lain.

Perkara yang diharuskan mengumpat:
i. Mengadukan kezaliman di hadapan hakim,
ii. Ketika bermesyuarat memperbaiki kesalahan seseorang,
iii. Ketika meminta fatwa daripada mufti/orang alim,
iv. Ketika memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan per4buatan mereka yang melakukan kesalahan,
v. Ketika menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut orang yang masyhur dengan nama seperti 'Mat Pendek' dan sebagainya,
vi. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikkannya seperti orang yang suka meminum arak di hadapan orang ramai dansebagainya.

d. Menjaga perut
- Dengan tidak memakan benda-benda yang syubhah dan haram.

e. Menjaga kemaluan
- Renungkanlah ayat di bawah:

"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." (Al-Mukminun:5-6)

f. Menjaga dua tangan
- Jagalah ia dari memukul seseorang yang muslim (tanpa hak) dan menzalimi semua makhluk Allah s.w.t. Penulisan juga hendaklah diteliti kerana ianya lebih tajam daripada mata pedang.

g. Menjaga dua kaki
- Jauhilah dari menuju ke tempat-tempat maksiat dan menuju kepada sultan yang zalim bagi meminta habuan dunia daripadanya.

2. Cara-cara meninggalkan maksiat batin (hati):
a. Tinggalkan sifat hasad
b. Tinggalkan sifat riak
c. Tinggalkan sifat ujub

Wallahu'alam.


ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Saturday 24 September 2011

ReNuNGaN bErSamA...

Hari demi hari,masa demi masa,kita xsedar semua itu berlalu begitu pantas meninggalkan kita seperti kilat di langit..Namun di sebalik semua itu,ada hikmah yg penuh tersirat dengan pelbagai kisahnya..Hanya ALLAH yg tahu peraturan hidup kita..Tatkala petanda-petanda kiamat sudah hampir,adakah kita suda bersedia untuk mengharungi semua itu??Bagaimana pula amalan kita..Sudakah cukup untuk di bawa ke sana??Semua jawapan itu ada dalam diri kita sendiri, TEPUK DADA TANYALAH IMAN ! ! ! Kita sebagai hamba ALLAH perlulah patuh dan taat kepadaNYA ..Apa2 p0on,hari neih lebih baik daripda semalam..Renung2kan dan selamat beramal..Anda buat anda dapat =)


ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Friday 23 September 2011

IbUku SeOrAng pEmbOhoNg,,


        
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan
masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan
bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." –PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk
pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.
Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu,
tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya
pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan
tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya disana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di Negara orang." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa
bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

"Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil".



ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Silat Gayong, Seni Bela Diri dan Perisai Orang Melayu


Silat, Seni Beladiri MelayuSeni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini.

Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan.

Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pusaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Ma           


ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Friday 16 September 2011

DoA RiNgKaS SeLepAs SoLaT FarDhu




d                                             Berdoalah dengan hati yang terbuka,,
                          semoga ALLAH memakbulkan doamu,,,





ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.





ikhlaskanlah hati memohon keampunan kepada ALLAH . . .